Hikmah

Kamis, 29 September 2011


Mutiara Hikmah
 
Kebajikan yang ringan adalah menunjukkan muka berseri-seri dan mengucapkan kata-kata lemah-lembut.
~Khalifah Umar bin Al-Khatab~


Kecantikan bukan terletak pada pakaian yang dipakai tetapi ia bergantung kepada keelokan akhlak dan budi pekerti.
~Khalifah Ali bin Abi Thalib~


Hanya lidah yang mahu berdusta dan berbohong. Namun pandangan mata, hayunan kedua belah tangan, langkah kedua belah kaki dan pergerakan tubuh atau seluruh anggota badan akan menafikan apa yang diucapkan oleh lidah
~Khalifah Ali bin Abi Talib~


Nilai seseorang sesuai dengan kadar tekadnya, ketulusannya sesuai dengan kadar kemanusiaannya, keberaniannya sesuai dengan kadar penolakannya terhadap perbuatan jahat dan kesucian hati nuraninya sesuai dengan kadar kepekaannya terhadap kehormatan dirinya .
~Khalifah Ali bin Abi Talib~ 

Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat. 
~Khalifah Abdul Malik bin Marwan~


Manusia yang berakal ialah manusia yang suka menerima dan meminta nasihat.
~Khalifah Umar bin Al-Khatab~ 




Banyak berhutang akan menggelincirkan orang yang benar kepada pendustaan.
~Khalifah Ali bin Abi Thalib~


Dua nikmat yang sering dilupakan ialah kesehatan dan keselamatan.
~Khalifah Ali bin Abi Thalib ~

Orang-orang yang suka berkata jujur mendapatkan tiga hal, kepercayaan, cinta, dan rasa hormat.
~Khalifah Ali bin Abi Thalib~

Keadilan itu syurga bagi orang yang dizalimi tetapi keadilan itu adalah neraka bagi orang-orang yang bersifat zalim.
~Khalifah Umar bin Al-Khatab~


Islam memiliki dinding dan pintu yang kuat. Dinding Islam ialah kebenaran dan pintunya ialah keadilan.
Islam akan tetap jaya, selama penguasa-penguasa bersikap keras dan tegas, tetapi itu dilakukan tidak bererti mesti dengan pedang dan cemeti, melainkan dengan hak dan keadilan.
~Said bin Suwaid~ 


Tidak ada kebaikan bagi pembicaraan kecuali dengan amalan.
Tidak ada kebaikan bagi harta kecuali dengan kedermawanan.
Tidak ada kebaikan bagi sahabat kecuali dengan kesetiaan.
Tidak ada kebaikan bagi sedekah kecuali niat yang ikhlas.
Tidak ada kebaikan bagi kehidupan kecuali kesehatan dan keamanan.
-Al-Ahnaf bin Qais~


Khalifah Umar bin Al-Khatab r.a. berkata :
· Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.
· Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina.
· Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya.
· Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.


1 komentar:

Nailul Mursidah (Ssida Ayatul Husna) mengatakan...

Keren..........!!!!!!!!!!!!!!!! ^_^